Minggu, 28 Juli 2013
SUARA TENGAH MALAM : Bab 8 -Dia sudah lama menangis
Bab 8 novel SUARA TENGAH MALAM yang bakal menjengah pasaran pada bulan 9 nanti.
ZED: Dia sudah lama menangis. Sejak... isterinya mati.
“Kalau macam tu,” kata Botak. Sepucuk pistol jenis Revolver dikeluarkan dari dalam laci mejanya dan diletakkan di hadapan Zed. “Habiskan saja dia. Kau tak perlu lari lagi.”
Zed tersenyum sinis.
“Kalau aku nak bunuh dia, aku tak perlukan pistol kau. Cukup dengan duit saja. Bersih.” Pistol itu ditolak semula ke hadapan Botak.
“Tapi aku tak setuju kau lari lagi. Cukuplah tiga tahun kau ke sana sini dengan perempuan tu. Cukuplah kau buang masa muda kau. Tamatkan saja. Kau dah menang,” balas Botak dengan tenang sekali.
Zed melepaskan nafas. Terasa panas.
BACA sepenuhnya di sini:
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1375&idc=7298#.UfXRbtKnpCg
Selasa, 23 Juli 2013
Muka depan novel SUARA TENGAH MALAM
Tajuk: SUARA TENGAH MALAM
Penulis: Maria Kajiwa
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-38-8
~528 hlm
Bahasa Melayu
Penulis: Maria Kajiwa
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-38-8
~528 hlm
Bahasa Melayu
Terbitan BukuPRIMA
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT. Akhirnya akak mendapat keizinan untuk mendedahkan cover novel terbaru akak yang bertajuk SUARA TENGAH MALAM ini.
Novel SUARA TENGAH MALAM
Blurb:
Cerita ini mengisahkan tentang seorang penyiasat persendirian bernama Adam yang berkelana mencari isterinya yang diculik tiga tahun yang lalu. maklumat yang telah diterima telah membawanya ke Melaka. Di situ dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah lama. Di situ juga dia telah berkenalan dengan Rafiq yang juga baru menyewa di situ.
Suara aneh yang kerap mereka dengari apabila senja muncul membuatkan mereka berdua cuba menyiasat misteri rumah itu. Namun usaha mereka mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis.
Dalam masa yang sama usaha Adam semakin menemui jalan buntu apatah lagi halangan daripada penculik isterinya. Akhirnya Adam membuat keputusan untuk menamatkan pencariannya di Melaka. Namun, kehilangan Mazni anak tuan rumah telah membawa kepada penemuan baru.
Misteri budak kecil yang menyanyikan lagu Cina di rumah sewa itu sering menghantui Adam. Suara siapakah itu? Dapatkah dia bertemu semula dengan isterinya?
“Xiao lau shu, shang deng tai, Tou chi you, xia bu lai. Miow miow miow lai le, ji ku li, kun xioau lai" Kemudian diikuti oleh tangisan yang hiba dan panjang. Terdengar juga bunyi sesuatu dipalu bertalu-talu.
"kali pertama saya dengar, masa saya balik cuti beberapa tahun yang lalu. saya cuba cari tapi tak jumpa. Masa tu saya ingatkan ada anak kucing dalam rumah tapi mak marah. Mak kata tak payah cari. Tak payah masuk campur hal bunyi-bunyi tu" Mazni.
"Mak Minah ada dengar budak nyanyi tak? Lagu Cina..." Rafiq
Komen daripada Editor:
sesiapa yang baca ini akan jatuh cinta dengan watak ADAM yang setia, watak RAFIQ yang kasihkan ibunya, watak LIYANA yang menderita, watak MAZNI yang naif, watak ZED yang psiko, watak USOP yang haru-biru dan tentunya watak MAK MINAH yang pembengis... yang paling penting, cerita ini tentang suara... suara budak kecil yang selalu kedengaran...siapa? semuanya terjawab dalam STM...5 bintang saya beri pada novel STM ni..
Komen pembaca di blog dan ILHAM:
Ikeyulestica NoveLover: saya rasa cerita ni more kpd thriller.. jarang saya jumpa novelist wanita yg menulis cerita seram, thriller dan elemen cinta sekaligus.. tahniah kak.. saya dah lama baca kat blog dan ilham.. sabar menanti..
HARGA: Cuma RM 19.90 di pasaran September nanti. Dapatkan ya.
Senin, 22 Juli 2013
Cerpen 'Sejadah Nan Biru' di majalah MW 1549
Alhamdulillah, sekali lagi cerpen akak disiarkan dalam majalah Minggun Wanita Bil 1549 (26 Julai-1 Ogos)
Kali ini cerpen akak mengisahkan tentang seorang ayah yang malu mahu kembali ke pangkuan anak-anaknya setelah lama terpisah.
Jemputlah baca ya.
*Akak sudah melihat 'cover' novel terbaru akak yang bertajuk 'SUARA TENGAH MALAM" yang bakal memasuki pasaran pada bulan 9 nanti. Bagaimanapun belum boleh ditunjuk lagi sebelum pengumuman rasmi dibuat. Nanti akak kongsikan di sini ya.
Terima kasih kerana selalu menyokong akak.
Sayang semua. Selamat berpuasa.
Selasa, 16 Juli 2013
SUARA TENGAH MALAM -BAB 7 -Dia sudah lama menangis..
Novel SUARA TENGAH MALAM Bab 7 sudah akak naikkan ke halaman ILHAM
Zed : Dia sudah lama menangis. Dendam sudah sebati dalam darahnya...
“Aku dah putus asa dengan hidup aku. Aku dah penat berpindah randah. Aku dah tak sanggup melihat isteri aku, anak-anak aku hidup seperti orang pelarian apabila dikejar along sana-sini. Sekarang, apa nak jadi pun, jadilah. Sekurang-kurangnya jika aku mati, aku mati di tempat aku sendiri.”
“Kau tahu apa maknanya kedatangan aku ke sini, kan?”
Poyi tidak menjawab.
“Kau dah bersedia untuk mati?” tanya Zed lagi sambil merenung muka Poyi.
BACA seterusnya di link bawah
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1375&idc=7101#.UeX6TtKnpCg
Rabu, 10 Juli 2013
SUARA TENGAH MALAM -Bab 6 - Dia sudah lama menangis
Bab 6 novel Suara Tengah Malam yang akan diterbitkan pada bulan 9 nanti.
ADAM: Dia sudah lama menangis. Dia tidak berputus asa tetapi sampai bila...
“Abang… mahu pakai tak? Murah saja.”
Dadanya berdebar. Perempuan itu lagi, keluhnya dalam hati. Tubuhnya yang lesu dirasakan makin lesu. Suara di luar sana tidak henti-henti merengek dan merayu. Kepalanya mula pening. Apabila ketukan kedengaran lagi, dia membuka pintu.
“Boleh tak awak jangan ganggu saya? Saya nak bersolat,” katanya tenang sambil merenung wajah ‘wanita’ di hadapan pintunya itu. Dia yakin ‘wanita’ itu faham apa ertinya solat.
BACA di LINK di bawah
Minggu, 07 Juli 2013
SUARA TENGAH MALAM - Bab 5 -Dia sudah lama menangis
Jemput baca bab 5 novel SUARA TENGAH MALAM yang bakal terbit September nanti..
Setelah perbualan mereka berdua tamat, Rafiq bangkit dari katil dan menuju ke arah tingkap yang masih dibiarkan terbuka sejak tadi. Dia termenung di situ sambil memikirkan apa yang akan berlaku di tempat kerja barunya esok. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi suara yang halus.
“Xiao lau shu, shang deng tai,tou chi you, xia bu lai, miao, miao, miao, mao lai le, ji li ku lu, kun xiao lai.”
Kemudian suara itu berhenti. Dan tidak lama kemudian dia terdengar bunyi tangisan yang hiba dan panjang.
http://ilham.karangkraf.com/
Langganan:
Postingan (Atom)